Sunday 27 November 2011

c!ntA hAkIk| ~!

assalamualaikum.. 

"..i was lost thinking of someone when i wove my dreams, i was lost in someone's arm when i fall in love with him.."

BERCINTA ?? CINTA ?? sememangnya semua manusia ingin bercinta dan dicintai. manusia dijadikan bersama hati dan memiliki rasa sayang untuk mencintai insan lain. tapi jangan lah pula kita leka serta lalai dan terus hanyut dibawa perasaan  sehingga menyebabkan kita kehilangan arah dalam hidup kita. terdapat pelbagai jenis cinta. ada cinta yang membawa kebahagiaan dan ada juga cinta yang membawa penderitaan. itu semua adalah asas dalam sebuah percintaan. asalkan kita sentiasa sabar hal ini tidak menjadi masalah kepada kita.

cinta terhadap ILLAHI ialah cinta yang hakiki, cinta yang abadi. sememangnya kita sebagai hamba Allah memerlukan cinta dari pencipta-Nya. cinta dari-Nya sentiasa ada bersama kita dalam susah dan senang. cinta ini juga boleh menjamin kebahagian hidup setiap insan. jangan lah kita mencintai insan lain melebihi cinta kita kepada-Nya kerana kita mungkin akan kehilangan insan itu. persiapkanlah diri kita dengan iman dan taqwa kerana hanya itu yang mampu menjadi perisai untuk membenteng diri kita dari gejala maksiat.

janganlah sesekali kita menangisi setiap perpisahan yang kita tidak inginkan. janganlah sesekali kita meraungi setiap kegagalan kita dalam bercinta. kerana cinta yang kita sanjung itu hanyalah cinta yang sia-sia. ingatlah jika kita berpisah dengan seseorang yang amat kita sayang sekalipun cubalah berfikir bahawa Allah menentukan jodoh yang lebih baik untuk kita. munkin orang yang kita sayang itu tidak serasi dengan diri kita. sesungguhnya Allah maha mengetahui mana yang baik dan yang buruk untuk diri kita.

hidup kita bukan seperti novel. novel hanya khayalan,fantasi tapi kita hidup di alam realiti. tak perlu bermimpi untuk kahwin dengan anak raja jika tidak menjadi permaisuri bahkan menjadi kuli. bercintalah dengan sederhana yang akan membahagiakan hidup. semua orang mahu cinta yang abadi dan hakiki bukan cinta yang mendera perasaan jiwa dan raga..

hanya itu  titipan ringkas untuk semua. kerana sekarang terlalu ramai yang menyanjung bf/gf diorang lebih dari segalanya. sedarlah wahai sahabat sekalian. kamu semua masih ada pencipta, ada keluarga yang lebih menyayangimu lebih dari bf/gf mu.. 

p/s: maaf sayang saya lebih mencintai Allah dan family saya daripada awak. can you understand me?
      tak tahu camner aku buleh tulis  sal nih. jika ada salah silap harap maaf.. :)


kamshamida :)

No comments:

Post a Comment