Sunday 27 November 2011

c!ntA hAkIk| ~!

assalamualaikum.. 

"..i was lost thinking of someone when i wove my dreams, i was lost in someone's arm when i fall in love with him.."

BERCINTA ?? CINTA ?? sememangnya semua manusia ingin bercinta dan dicintai. manusia dijadikan bersama hati dan memiliki rasa sayang untuk mencintai insan lain. tapi jangan lah pula kita leka serta lalai dan terus hanyut dibawa perasaan  sehingga menyebabkan kita kehilangan arah dalam hidup kita. terdapat pelbagai jenis cinta. ada cinta yang membawa kebahagiaan dan ada juga cinta yang membawa penderitaan. itu semua adalah asas dalam sebuah percintaan. asalkan kita sentiasa sabar hal ini tidak menjadi masalah kepada kita.

cinta terhadap ILLAHI ialah cinta yang hakiki, cinta yang abadi. sememangnya kita sebagai hamba Allah memerlukan cinta dari pencipta-Nya. cinta dari-Nya sentiasa ada bersama kita dalam susah dan senang. cinta ini juga boleh menjamin kebahagian hidup setiap insan. jangan lah kita mencintai insan lain melebihi cinta kita kepada-Nya kerana kita mungkin akan kehilangan insan itu. persiapkanlah diri kita dengan iman dan taqwa kerana hanya itu yang mampu menjadi perisai untuk membenteng diri kita dari gejala maksiat.

janganlah sesekali kita menangisi setiap perpisahan yang kita tidak inginkan. janganlah sesekali kita meraungi setiap kegagalan kita dalam bercinta. kerana cinta yang kita sanjung itu hanyalah cinta yang sia-sia. ingatlah jika kita berpisah dengan seseorang yang amat kita sayang sekalipun cubalah berfikir bahawa Allah menentukan jodoh yang lebih baik untuk kita. munkin orang yang kita sayang itu tidak serasi dengan diri kita. sesungguhnya Allah maha mengetahui mana yang baik dan yang buruk untuk diri kita.

hidup kita bukan seperti novel. novel hanya khayalan,fantasi tapi kita hidup di alam realiti. tak perlu bermimpi untuk kahwin dengan anak raja jika tidak menjadi permaisuri bahkan menjadi kuli. bercintalah dengan sederhana yang akan membahagiakan hidup. semua orang mahu cinta yang abadi dan hakiki bukan cinta yang mendera perasaan jiwa dan raga..

hanya itu  titipan ringkas untuk semua. kerana sekarang terlalu ramai yang menyanjung bf/gf diorang lebih dari segalanya. sedarlah wahai sahabat sekalian. kamu semua masih ada pencipta, ada keluarga yang lebih menyayangimu lebih dari bf/gf mu.. 

p/s: maaf sayang saya lebih mencintai Allah dan family saya daripada awak. can you understand me?
      tak tahu camner aku buleh tulis  sal nih. jika ada salah silap harap maaf.. :)


kamshamida :)

Wednesday 16 November 2011

istilah c() uple ~!

                                                     assalamualaikum w.b.t 
hari ni aku nk share pasal isu panas dalam berita sekarang ni.. hikhikhik.. aku taw aku nih bukanlah perfect sangat tapi aku cuba untuk menasihati antara satu sama lain. x salah an?  aku pun taw aku nih bukan nya alim sangat nak cerita pasal agama tapi korang bacalah post nih sampai ke akhir sebab aku nk sangat korang tahu. :)

                              Istilah BerCOUPLE sangat popular pada dewasa ini. Bila melihat sepasang “couple” yang sedang berjalan, berpimpin tangan, berpelukan dan bercium-ciuman, perkara itu dah menjadi kebiasaan, sebab dari kecil dah diracuni dengan rancangan televisyen yang mempunyai unsur-unsur “pergaulan bebas”. BerCOUPLE zaman sekarang dikaitkan dengan cinta, saling mencintai, cinta sama cinta atau cinta berlandaskan Islam dan akhirnya membawa kepada maksiat dan pembuangan bayi, kenapa perkara ini berlaku? Di mana silapnya?.. sebelum diperjelaskan tentang COUPLE dengan lebih jauh, kita kena tahu apakah etika pergaulan dan batas pergaulan di antara lelaki dan wanita MENURUT ISLAM!




ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1.Menundukkan pandangan: ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman- NYA;Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman;Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 31)



2.Menutup Aurat: ALLAH berfirman;

dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)

Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.


3.Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA;

Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)



4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan; Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)


5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT;

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)


6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang- orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448) Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain- lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)


Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman- NYA;
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

Hukum Bercouple SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:


1.Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.

2.Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.


3.Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.

4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.

5.Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.

6.Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.



Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?
Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau;

“Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.”

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?Jawab beliau;

“Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.”

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau;

“Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.”


Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya: Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu Cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya. Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

Fenomena Couple Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.

aku harap korang dah bace dan faham lah semuanya. aku bukan nak berlagak pandai tapi cuma nak berkongsi ilmu jer..  thanks sebab sudi baca.. :)
p/s: aku copy jerr nih :) huahuahuahua

kamshamida :)

Monday 14 November 2011

imissthemdamnmuch~! :'(

assalamualaikum~anneongsayo~hello~
 

today i just want to share some story about friendship. well, all of us are having our own best friend like me, i also have best friend. yeah, i admit that i love them and i hope that my relationship with them are never break up. i seriously hope that. i don't want my friendship ended like a pair of lovers ties because they are usually broken up their relationship when they bored. 

dear my beloved friends, although my behavior is like childish but believe me, i'll always love you.. today i felt like i'll go  far away from you,friend. i don't know why. but i'm always pray so that you never forget about me. if one day we are not at the same class or the same school, i still hope that our friendship is last forever. keep remember me,k!

friendship is not about when you need someone and you go to them and when you never need them you kick them out.. friendship is not like that. friendship is about who beside you through thick and thin. i hope that all of my best friend are  accept me as who i am. i really need the real friend to be always beside me as i have now. as me when i be friend of someone i'll be friends of them forever in my life.. i'll accept them as who they are.. 

tonight i don't know why i'm keep thinking about all of my best friend.  i miss them.. really2 do. i don't know next year i'll stay with them at the same school or not. i hope that we're always together. if i'm not at smip anymore. keep friends with me yeah! i need a cheerful friend like them that can make my day always smile. i really need a friend that can hear my problems, they say  "sharing is caring,caring is loving". i like when they said that phrase.. 

this night i really miss  when we're joking together,do the same stupid things,hang out together, 'mpuh meng-mapuh' ourselves.. i miss it so much. i don't know my world without them. when i'm crying by myself, they're beside me,support me and teach me how to get more strong. they know me more than i am. and i know i need them more them they need me.

if one day, they unfriend with me. i'll accept it. and i'm really-really sorry if for we be friends i've hurt many people. i'm sorry.. 


p/s: i really2 miss my best friend so much. :'(



kamshamida :)

Saturday 12 November 2011

my brother's wedding on 11/11/11 ~!

assalamualaikum~ 
lately, I was busy with my brother's wedding. This is the first wedding in my family so it kind of all a bit chaotic, but do not worry all is well. The ceremony took place on 11/11/2011.Posted date so pretty right this year? right at 11:11 am Friday morning, my brother pronounced his marriage with well. i'm so grateful because he can say it well. 



at 3 o'clock in the same day, about 80 person  from my family came to the house of the bride, like kelantanese said 'belar0k'.. this is one custom of malays  when there is a marriage. 


the next day,12/11/2011 was a day of celebrating my new family member, my sister in-law. today is a very busier day  in my life. i felt like this scene was out of controlled. but it was so fun because there was showing of silat and boxing. but  about 5 o'clock it rained.  thank God for the rain had not come down with a vengeance.



okea, lets see the pictures ! most of these pictures were taken by me... yeah ! i like photographer..




>>>>>>>>>>>>>>stating with




sebelum bertolak untuk akad nikah... 








kedebaran kian terasa




selesai suda.. huhu












>>>>>> barang hantaran


wang hantaran..



















buah-buahan







beg dan kasut








kek.









kain sembahyang,kain pasang n  alat solek









pulut semangat n bunga telur






>>>>>>>>> cooking time<<<<<<<<<<


gulai daging lembu ..










gulai daging kambing...


ikan bakar... cicoh budu.. :)








>>>>>>>>>>video player of silat and tinju<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<












                                  


>>>>>>>>majlis bersanding and belarokk <<<<<<<<<<<<


















my kazen n sis


both are my kazen





 my siblings          


bergambar ngan pengantin












>>>>>>>>>>>pose time<<<<<<<<<<<<<<


me and my nephew..


my beloved sis yang paling suka amek gmbar



kak,adek n ank sedara







sepupu2ku y NAKAL n my lil sis..






my sisters and my nephew n niece







my sister



lil sis






me n my sis








my kazen n me






my father n me












minah kelawar a.k.a my beloved sister..






me





my kazen..




that all pictures that i can upload.. terlalu banyak lau nk upload semuanyer.. :)


kamshamida :)