Tuesday 13 November 2012

DIMANAKAH ISLAM???









  

Assalamualaikum.



Buat sahabat yang amat aku kasihi.
aku nak berkongsi kisah islamik hari ni.
harap korang sedar bahawa kita kini hidup di akhir zaman.
tahu tak apa yang terjadi di akhir zaman??
bila di akhir zaman bermakna banyak perpecahan,perbalahan,pergaduhan berlau. fitnah merata-rata. pembunuhan berlaku tanpa belas kasihan.
cuba kita lihat di sekeliling kita sekarang ni?? pembunuhan berlaku, peperangan apatah lagi.
ya, mungkin kita tidak dpat merasa hal tersebut kerana tidak berlaku di negara kita. tapi kita kena sedar apa yang berlaku di sekitar negara kita? lihatlah. cuba lihat di negara yang seagama dengan kita. apa yang pihak kafir lakukan? mereka bunuh saudara kita tanpa belas kasihan. mereka rogol anak-anak gadis. dimanakah kita? dimanakah kita sebagai umat Islam? umat yang mengaku seagama dengan mereka? bangkitlah umat Islam. bantulah saudaramu di sana. bantulah mereka. sesungguhnya mereka amat memerlukan bantuan kita.



tapi kita disini, bersukaria, bermegah dengan kekayaan kita. tidak salah untuk kita menyumbangkan sedikit harta kita kepada mereka yang memerlukan. kita hidup disini dalam kemegahan,riak,sombong dan takbur. tapi kita langsung tidak memikirkan mereka yang hidup dalm kemiskinan. adakah mereka makan seperti kita? adakah mereka pakai seperti kita? cubalah muhasabah diri. dunia ini sementara. ekhirat itu selama-lamanya. yang kekal abadi itu akhirat. janganlah kita bermegah-megah didunia yang sementara ini.

kita manusia suka sangat membazir. tidakkah kita tahu membazir itu amalan syaitan?
kita selalu sangat membazir. apa kata kalau amalan membazir itu kita tukar dengan amalan menabung. ada jugak faedahnya.. cubalah kawan-kawan sekalian fikir. apakah faedahnya kalau kita membazir? 

berdoalah agar Allah sentiasa menetapkan hati kita untuk terus beribadat padanya dengan istiqamah. tidak salah untuk kita berubah kearah yang lebih baik. jangan pula kita berubah menjadi yang tak baik. 

belum cuba belum tahu. cubalah untuk sentiasa dekat dengan Allah. pasti akan tenang hati kita. :)





sekian.wasalam. :)

NieyaNieyah.
kamshamida :)

No comments:

Post a Comment